Thursday, 21 July 2011

Pengambilan Soalan Setara UPPM3/ Percubaan UPSR 2011 Johor

Pengambilan soalan setara UPPM3/Percubaan UPSR 2011 Negeri Johor di SK Sri Kenaga Johor Bahru pada hari Jumaat, 22 Julai 2011.



Latihan Dalaman On Line Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Latihan dalaman berkaitan dengan penggunaan on line sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah telah diberikan kepada semua guru yang mengajar Tahun 1. Latihan di sampaikan oleh Pn Siti Anita Misran  yang  telah mendapat taklimat dari Lembaga Peperiksaan di STAR 1, Johor Bahru.
Sesi latihan telah dijalankan kepada 19 Jun 2011.


Latihan Dalaman On Line Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Satu latihan dalaman berkaiatan dengan sistem analisa peperiksaan sekolah (SAPS) telah diadakan di bilik gerakan sekolah pada 21 Julai 2011. Latihan disampaikan oleh Pn Siti Anita bt Misran , selaku setiausaha peperiksan sekolah. Sesi latihan telah dihadiri oleh semua guru.  Pelaksanaan penggunaan modul sistem analisa peperiksaan sekolah (SAPS) dalam toolkit pembangunan sekolah (SIT) bagi program pembangunan sekolah di bawah bidang keberhasilan utama negara (NRA) pendidikan adalah wajib dilaksanakan. Semua guru besar dan pengetua diwajibkan akur dengan arahan.

Tugas Setiausaha Peperiksaan Dalaman

1. Mengurus pendaftaran profil sekolah,guru mata pelajaran,guru kelas dan guru besar.
2. Memastikan semua guru mata pelajaran dan guru kelas memasukkan markah ke dalam modul saps mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
3. Memastikan semua guru mata pelajaran dan guru kelas menganalisa pencapaian murid untuk setiap ujian dan peperiksaan dalaman.
4. Memastikan proses pengisian markah dilaksanakan dengan lancar.

Tugas guru Mata Pelajaran

1. Menguruskan pendaftaran dan mengemaskini mata pelajaran yang diajar
2. Mengisi markah bagi mata pelajaran yang diajar bagi setiap kelas.

Tugas Guru Kelas

1. Memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas,maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas di bawah jagaannya.

Sistem On Line Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) boleh diakses melalui URL http://saps.moe.gov.my/



Sunday, 17 July 2011

Mesyuarat Pembentangan KPI Akademik Guru Semester 1

Mesyuarat Pembentangan KPI Akademik guru bagi semester pertama tahun 2011 telah dibuat pada 13 Julai 2011 di bilik gerakan . Tujuan mesyuarat ialah untuk membuat penilaian tahap pencapaian guru dalam peperiksaan setengah tahun berbanding dengan TOV dan ETR. Perbandingan melibatkan peratus lulus dan Gred Purata Mata Pelajaran  untuk setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru. Mesyuarat telah dipengerusikan olh Tn Hj Saaim b Nasran, Guru Besar SK Angkatan Tentera, Johor Bahru. Tuan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru yang melepasi TOV dan yang telah mencapai ETR.

Monday, 11 July 2011

Bilik Operasi pentaksiran SK. Angkatan Tentera Johor Bahru.

Bilik Operasi Pentaksiran SK Angkatan Tentera Telah dicalonkan mewakili daerah Johor Bahru (bagi bilik ubah suai) ke pertandingan Bilik Operasi Pentaksiran Cemerlang Negeri Johor Tahun 2011.



.

Lawatan Setiausaha Peperiksaan SK Bandar Baru Uda 2 Ke Bilik BOP SKAT

Terima kasih atas lawatan Pn Nur Huda Mehtian .Moga idea yang dicurahkan dapat membantu kecemerlangan bilik operasi pentaksiran SKAT.


Sunday, 10 July 2011

Peperiksaan Pra Percubaan UPSR SK Angkatan Tentera

Makluman kepada semua peperiksaan pra percubaan UPSr untuk murid Tahun 6 akan diadakan pada 13  dan 14 Julai 2011.

Thursday, 7 July 2011

Bilik Operasi Pentaksiran SKAT

Unit Penilaian dan Peperiksaan SK Angkatan Tentera, Johor Bahru

Tahniah kepada Unit UPP SK Angkatan Tentera kerana telah dapat membuat blog sendiri. Semoga blog ini dapat membantu banyak pihak terutama dalam urusan penilaian dan peperiksaan.