Thursday, 21 July 2011

Latihan Dalaman On Line Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Satu latihan dalaman berkaiatan dengan sistem analisa peperiksaan sekolah (SAPS) telah diadakan di bilik gerakan sekolah pada 21 Julai 2011. Latihan disampaikan oleh Pn Siti Anita bt Misran , selaku setiausaha peperiksan sekolah. Sesi latihan telah dihadiri oleh semua guru.  Pelaksanaan penggunaan modul sistem analisa peperiksaan sekolah (SAPS) dalam toolkit pembangunan sekolah (SIT) bagi program pembangunan sekolah di bawah bidang keberhasilan utama negara (NRA) pendidikan adalah wajib dilaksanakan. Semua guru besar dan pengetua diwajibkan akur dengan arahan.

Tugas Setiausaha Peperiksaan Dalaman

1. Mengurus pendaftaran profil sekolah,guru mata pelajaran,guru kelas dan guru besar.
2. Memastikan semua guru mata pelajaran dan guru kelas memasukkan markah ke dalam modul saps mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
3. Memastikan semua guru mata pelajaran dan guru kelas menganalisa pencapaian murid untuk setiap ujian dan peperiksaan dalaman.
4. Memastikan proses pengisian markah dilaksanakan dengan lancar.

Tugas guru Mata Pelajaran

1. Menguruskan pendaftaran dan mengemaskini mata pelajaran yang diajar
2. Mengisi markah bagi mata pelajaran yang diajar bagi setiap kelas.

Tugas Guru Kelas

1. Memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas,maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas di bawah jagaannya.

Sistem On Line Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) boleh diakses melalui URL http://saps.moe.gov.my/



No comments:

Post a Comment