Mesyuarat Audit Akademik telah dijalankan pada 7 Ogos 2011,
bertempat di bilik gerakan SK Angkatan Tentera bermula jam 2.00 petang.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn Hj Saaim b Nasran, Guru Besar SK Angkatan Tentera.
Dalam ucapan alu-aluannya,Tuan Guru Besar setakat ini amat berpuas hati dengan peningkatan pencapaian peperiksaan percubaan tahun ini. Kurang 8%lagi akan mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 88.1 %.seramai 6 orang murid telah dikenalpasti, boleh diluluskan bagi mencapai sasaran tersebut.
Tuan Guru Besar juga berharap semua guru terus berusaha bagi memastikan sasaran pada tahun ini mampu dicapai.Program yang ada akan ditambahbaik bagi membantu murid mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment