Tuesday, 9 August 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PRESTASI PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2011 MELEBIHI 15% BERBANDING TOV

Seramai 12 orang murid telah dikenalpasti dapat menunjukkan peningkatan 15 % semua mata pelajaran teras dalam peperiksan setengah tahun yang baru lalu berbanding dengan TOV mereka. Sebagai meningkatkan motivasi agar murid  terus berjaya berinasiatif untuk memberi hadiah.

Murid yang berjaya ialah

1.  Luqman Haqim Tubari dari 1Cemerlang
2. Landerson Anak Lucham dari 1 Cemerlang
3. Nurul Ain Balqis bt Abd Rashid dari 1 Cemerlang
4. Muhammad Dzulkifli Iskandar dari 1 Cemerlang
5. Cyrena Rabai Anak Stewart dari 1 Cemerlang
6. Almenda Rianne Anak Alan dari 1 Maju
7. Muhamad Irfan Safwan b Khasniman dari 1 Maju
8. Nur Imanina bt Mohd Shahidan dar 1 Maju
9. Muhammad Izzat Zharfan Juhairi dari 1 Maju
10. Anirina bt Amrin dari 1 Maju
11. Muhd Firas Aliyan dari 3 Maju
12. Nur Atiqah bt Abdullah dari 5 Maju

Tahniah kepada yang berjaya dan teruskan usaha anda.




SEKITAR MESYUARAT AUDIT AKADEMIK PERCUBAAN UPSR TAHUN 2011

Mesyuarat Audit Akademik telah dijalankan pada 7 Ogos 2011,
bertempat di bilik gerakan SK Angkatan Tentera bermula jam 2.00 petang.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn Hj Saaim b Nasran, Guru Besar SK Angkatan Tentera.

Dalam ucapan alu-aluannya,Tuan Guru Besar setakat ini amat berpuas hati dengan peningkatan pencapaian peperiksaan percubaan tahun ini. Kurang 8%lagi akan mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 88.1 %.seramai 6 orang murid telah dikenalpasti, boleh diluluskan bagi mencapai sasaran tersebut.

Tuan Guru Besar juga berharap semua guru terus berusaha bagi memastikan sasaran pada tahun ini mampu dicapai.Program yang ada akan ditambahbaik bagi membantu murid mencapai sasaran yang telah ditetapkan.




Saturday, 6 August 2011

SEKITAR TAKLIMAT KEMASUKKAN MARKAH KERJA KHUSUS PEKA DAN PAFA SECARA ON LINE DAN KEMASUKKAN MARKAH PERCUBAAN UPSR TAHUN 2011

TAKLIMAT TELAH DIJALANKAN OLEH PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU.
PENYAMPAI TAKLIMAT IALAH CIK NORHANITA DAN EN MOHD NOOR BIN ANI.
TAKLIMAT DIJALANKAN PADA 4 OGOS 2011 BERMULA JAM 8.00 PAGI DAN BERTEMPAT DI DEWAN BESAR SK ANGKATAN TENTERA JOHOR BAHRU.
TAKLIMAT TELAH DIHADIRI OLEH SEMUA SETIAUSAHA PEPERIKSAAN AWAM SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU.






GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM ANALISA PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

Bermula tahun ini sistem  analisa  sekolah yang digunakan di semua sekolah rendah dan menegah di Malaysia adalah selaras dan sama . seperti yang diarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia.




ANALISA PERCUBAAN UPSR TAHUN 2011

ANALISA CEMERLANG

TOV - 0 ORANG
UPPM2-0 ORANG
PERCUBAAN- 5 ORANG
ETR - 15 ORANG

TAHNIAH KEPADA 5 CALON YANG MENDAPAT 5A DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR PADA JULAI TAHUN 2011

1. MUHAMAD LUQMAN NURHAKIM
2. NUR NABILLAH IZZAH MD EHARAY
3. NURUL AISAYAH JAMAL ABD NASIR
4. AFIQ DENIAL ARIF B SALEHUDDIN
5. ARIF HILMI B KHAIRUL SAFIAN

HARAPAN KEPADA SEMUA GURU DAN CALON  DAPAT MENERUSKAN USAHA DENGAN GIGIH BAGI MENCAPAI SASARAN YANG DITETAPKAN.

PIAGGAM PELANGGAN UNIT PEPERIKSAAN

PIAGGAM PELANGGAN

KAMI UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN SK ANGKATAN TENTERA DENGAN INI:

1. MENGURUS DAN MENGENDALI SEMUA PEPERIKSAAN DENGAN PENUH AMANAH,TEGAS,ADIL DAN SELAMAT

2. MEMEGANG KERAHSIAAN DAN MAKLUMAT SULIT PEPERIKSAAN DENGAN PENUH AMANAH

3. MEMASTIKAN TIDAK AKAN BERLAKU KEBOCORAN DALAM SEMUA PEPERIKSAAN

4. MENYEMPURNAKAN TUGAS-TUGAS PENDAFTARAN CALON,PERLANTIKAN PENGAWAS PEPERIKSAAN

5. SENTIASA SEDIA MEMBERI KHIDMAT BANTU,KHIDMAT NASIHAT DAN KHIDMAT RUNDINGAN YANG PROFESIONALL DALAM SEMUA BIDANG PEPERIKSAAN

6. MENERIMA DAN MENGALIHKAN BAHAN-BAHAN SULIT

7. MEMBANTU MEMBUAT ANALISA PEPERIKSAAN DALAMAN DAN AWAM

8. MEMPROSES DAN MENYAMPAIKAN KEPUTUSAN DAN SIJIL PEPERIKSAAN AWAM

MATLAMAT DAN OBJEKTIF UNIT PEPERIKSAAN


MATLAMAT UNIT PEPERIKSAAN

MENTADBIR DAN MENGURUSKAN PEPERIKSAAN AWAM,PEPERIKSAAN DALAMAN DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DENGAN ADIL,SHAHIH DAN AMANAH UNTUK
MEMASTIKAN
KEWIBAWAANYA DIAKUI OLEH SEMUA PIHAK



OBJEKTIF UNIT PEPERIKSAAN

MENGAWAL ,MENYELARAS,MEMBUAT ANALISIS DAN MENGENDALIKAN SEMUA PERINGKAT PEPERIKSAAN  BERSASAKAN SEKOLAH,PEPERIKSAAN AWAM DAN PEPERIKSAAN DALAMAN DENGAN CEKAP DAN BERKESAN

VISI DAN MISI PEPERIKSAAN

VISI

KE ARAH PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN YANG BERKESAN

MISI

MEMASTIKAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN MEMATUHI DASAR,GARIS PANDUAN
DAN
ARAHAN PEPERIKSAAN

Thursday, 21 July 2011

Pengambilan Soalan Setara UPPM3/ Percubaan UPSR 2011 Johor

Pengambilan soalan setara UPPM3/Percubaan UPSR 2011 Negeri Johor di SK Sri Kenaga Johor Bahru pada hari Jumaat, 22 Julai 2011.



Latihan Dalaman On Line Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Latihan dalaman berkaitan dengan penggunaan on line sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah telah diberikan kepada semua guru yang mengajar Tahun 1. Latihan di sampaikan oleh Pn Siti Anita Misran  yang  telah mendapat taklimat dari Lembaga Peperiksaan di STAR 1, Johor Bahru.
Sesi latihan telah dijalankan kepada 19 Jun 2011.


Latihan Dalaman On Line Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Satu latihan dalaman berkaiatan dengan sistem analisa peperiksaan sekolah (SAPS) telah diadakan di bilik gerakan sekolah pada 21 Julai 2011. Latihan disampaikan oleh Pn Siti Anita bt Misran , selaku setiausaha peperiksan sekolah. Sesi latihan telah dihadiri oleh semua guru.  Pelaksanaan penggunaan modul sistem analisa peperiksaan sekolah (SAPS) dalam toolkit pembangunan sekolah (SIT) bagi program pembangunan sekolah di bawah bidang keberhasilan utama negara (NRA) pendidikan adalah wajib dilaksanakan. Semua guru besar dan pengetua diwajibkan akur dengan arahan.

Tugas Setiausaha Peperiksaan Dalaman

1. Mengurus pendaftaran profil sekolah,guru mata pelajaran,guru kelas dan guru besar.
2. Memastikan semua guru mata pelajaran dan guru kelas memasukkan markah ke dalam modul saps mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
3. Memastikan semua guru mata pelajaran dan guru kelas menganalisa pencapaian murid untuk setiap ujian dan peperiksaan dalaman.
4. Memastikan proses pengisian markah dilaksanakan dengan lancar.

Tugas guru Mata Pelajaran

1. Menguruskan pendaftaran dan mengemaskini mata pelajaran yang diajar
2. Mengisi markah bagi mata pelajaran yang diajar bagi setiap kelas.

Tugas Guru Kelas

1. Memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas,maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas di bawah jagaannya.

Sistem On Line Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) boleh diakses melalui URL http://saps.moe.gov.my/



Sunday, 17 July 2011

Mesyuarat Pembentangan KPI Akademik Guru Semester 1

Mesyuarat Pembentangan KPI Akademik guru bagi semester pertama tahun 2011 telah dibuat pada 13 Julai 2011 di bilik gerakan . Tujuan mesyuarat ialah untuk membuat penilaian tahap pencapaian guru dalam peperiksaan setengah tahun berbanding dengan TOV dan ETR. Perbandingan melibatkan peratus lulus dan Gred Purata Mata Pelajaran  untuk setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru. Mesyuarat telah dipengerusikan olh Tn Hj Saaim b Nasran, Guru Besar SK Angkatan Tentera, Johor Bahru. Tuan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru yang melepasi TOV dan yang telah mencapai ETR.

Monday, 11 July 2011

Bilik Operasi pentaksiran SK. Angkatan Tentera Johor Bahru.

Bilik Operasi Pentaksiran SK Angkatan Tentera Telah dicalonkan mewakili daerah Johor Bahru (bagi bilik ubah suai) ke pertandingan Bilik Operasi Pentaksiran Cemerlang Negeri Johor Tahun 2011.



.

Lawatan Setiausaha Peperiksaan SK Bandar Baru Uda 2 Ke Bilik BOP SKAT

Terima kasih atas lawatan Pn Nur Huda Mehtian .Moga idea yang dicurahkan dapat membantu kecemerlangan bilik operasi pentaksiran SKAT.


Sunday, 10 July 2011

Peperiksaan Pra Percubaan UPSR SK Angkatan Tentera

Makluman kepada semua peperiksaan pra percubaan UPSr untuk murid Tahun 6 akan diadakan pada 13  dan 14 Julai 2011.

Thursday, 7 July 2011

Bilik Operasi Pentaksiran SKAT

Unit Penilaian dan Peperiksaan SK Angkatan Tentera, Johor Bahru

Tahniah kepada Unit UPP SK Angkatan Tentera kerana telah dapat membuat blog sendiri. Semoga blog ini dapat membantu banyak pihak terutama dalam urusan penilaian dan peperiksaan.